Coklat homemade yang sesuai untuk dijadikan hadiah,cenderahati, hantaran, doorgift dan sebagainya. Apa yang penting coklat ini HALAL.
January 01, 2012
December 23, 2011
Coklat Doorgift - Elya
KOD : ORD-070
Tempahan diterima dari Elya (Cheras)...400 pcs lollichoc smiley face bertemakan warna tiffany blue untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung di Putrajaya..buat Elya..selamat menempuh alam berumahtangga..semoga berbahagia berkekalan sehingga akhir hayat..amin..
Labels:
COKLAT DOORGIFT,
LOLLICHOC,
TEMPAHAN
November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433
"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)
DOA AKHIR TAHUN
MAKNANYA :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
DOA AWAL TAHUN
MAKNANYA :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
Labels:
LAIN-LAIN
November 25, 2011
Coklat Hantaran - Idayu
KOD : ORD-069
Tempahan dari Idayu (Ampang)...coklat 3D Tajmahal bertemakan warna pink dan putih menjadi pilihan untuk hantaran majlis perkahwinannya yang berlangsung di kelantan...selamat pengantin baru semoga kekal berbahagia hingga hujung nyawa..amin..
Labels:
COKLAT 3D TAJMAHAL,
COKLAT HANTARAN,
TEMPAHAN
November 18, 2011
Coklat Hantaran - Kak Gee
KOD : ORD-068
Tempahan dari regular customer...Kak Gee (Puchong Perdana)...coklat box bentuk heart (XL) untuk hantaran..
Labels:
COKLAT BOX - HEART (XL),
COKLAT HANTARAN,
TEMPAHAN
November 11, 2011
Coklat Hantaran - Rina
KOD : ORD-067
Tempahan dari Rina (PJ)...coklat 3D Tajmahal sebagai hantaran di majlis perkahwinan iparnya...
Labels:
COKLAT 3D TAJMAHAL,
COKLAT HANTARAN,
TEMPAHAN
October 28, 2011
Coklat Box - Syafiqah
KOD : ORD-066
Coklat ini ditempah oleh Syafiqah (Kelantan)...coklat box bentuk heart size S bertemakan warna ungu beserta 3 cavities praline ini telah dihantar ke Penang buat teman istimewanya di sana...terima kasih Syafiqah...semoga berbahagia sentiasa...
Labels:
COKLAT BOX - HEART (S),
TEMPAHAN
October 21, 2011
Coklat Harijadi - Syawalinna
KOD : ORD-065
Kali nie tempahan diterima dari Syawalinna (Wangsa Maju)...70 pcs lollichoc smiley face pelbagai warna untuk majlis harijadi anaknya...thanks ya Syawalinna...
Labels:
COKLAT HARIJADI,
LOLLICHOC,
TEMPAHAN
October 14, 2011
Coklat Ulangtahun Perkahwinan - Azlinda
KOD : ORD-064
Ini pula tempahan dari seorang sahabat karib, Azlinda (Ampang)...35 cavities praline bertemakan warna biru dihadiahkan kepada mertuanya yang menyambut majlis ulangtahun perkahwinan yang ke-50...
October 07, 2011
Coklat Hantaran - Kak Zaleha
KOD : ORD-063
Tempahan diterima dari Kak Zaleha (BB Bangi)...35 cavities praline almond nib bertemakan warna pink untuk hantaran majlis pertunangan anak jirannya...terima kasih Kak Zaleha...
Labels:
COKLAT 35 CAVITIES,
COKLAT HANTARAN,
COKLAT PRALINE,
TEMPAHAN
September 09, 2011
Coklat Doorgift - Nurhabibi
KOD : ORD-062
60 pcs oreo bentuk bunga bertemakan warna pink ditempah oleh Nurhabibi (Kota Damansara) untuk majlis pertunangan adiknya...terima kasih dari Zara'c Choc...
Labels:
COKLAT DOORGIFT,
COKLAT OREO,
TEMPAHAN
August 19, 2011
Coklat Harijadi - Nor Ain
KOD : ORD-061
Tempahan dari Nor Ain (Penang)...35 cavities praline filling nutty bertemakan warna ungu untuk hadiah harijadi...terima kasih dari Zara's Choc...
Labels:
COKLAT 35 CAVITIES,
COKLAT HARIJADI,
COKLAT PRALINE,
TEMPAHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)













