June 24, 2011

Coklat Doorgift - Anis

KOD : ORD-053

200 cavities praline almond nib ditempah oleh Anis (Desa Petaling) untuk majlis pertunangannya...bertemakan warna biru dan pink...100 kotak 2 cavities buat tetamu-tetamu yang hadir...

June 17, 2011

Coklat Harijadi - Puan Hareza

KOD : ORD-052

Tempahan kedua dari Puan Hareza (Putrajaya)...50 batang lollichoc smiley face berbagai warna menjadi pilihan untuk majlis harijadi anak saudaranya...terima kasih dari Zara's Choc...

June 10, 2011

Coklat Hantaran - Ros

KOD : ORD-051

Tempahan kali ini diterima dari Ros (Kelantan)...2 kotak 35 cavities filling ganache & nutty untuk hantaran majlis perkahwinannya..bertemakan warna hitam dan juga gold...kepada Ros...selamat pengantin baru diucapkan dari Zara's Choc...semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...



June 03, 2011

Coklat Doorgift - Puan Azizah

KOD : ORD-050

1620 cavities praline ditempah oleh Puan Azizah untuk majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung di Ipoh...bertemakan warna turquoise...130 kotak 4 cavities & 550 kotak 2 cavities buat tetamu2  yang hadir...kepada pengantin baru diucapkan semoga berbahagia & kekal hingga ke akhir hayat...amin...

May 27, 2011

Coklat Harijadi - Puan Hareza

KOD : ORD-049

Alangkah bahagianya si suami apabila mendapat satu hadiah kejutan dari si isteri...Puan Hareza (Parit Buntar) meminta 35 cavities praline filling ganache bertemakan warna ungu untuk dihadiahkan kepada suami tercinta pada hari lahir suaminya...semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa...amin...

May 20, 2011

Coklat Harijadi - Zila

KOD : ORD-048

Sekali lagi...Zila (Bandar Kinrara) menempah coklat untuk majlis harijadi anaknya...bertemakan warna merah & pink...beliau meminta 30 lollichoc bunga ros & 50 lollichoc LOVE...terima kasih bebanyak Zila...

May 16, 2011

Coklat Doorgift - Puan Faridah

KOD : ORD-047

Coklat oreo bentuk heart & bunga...150 pcs pelbagai warna...menjadi pilihan Puan Faridah (JPN)....juga 2 bekas almond nib 60 cavities setiap satu...terima kasih Puan Faridah...

May 06, 2011

Coklat Pelbagai Jenis - Dila

KOD : ORD-046

Sekali lagi Dila (Seri Kembangan) menempah 10 pcs oreo edible image & 10 batang lollichoc oreo edible image...

April 29, 2011

Coklat Hantaran - Azie

KOD : ORD-045

Azie (Damansara Jaya) menempah 35 cavities praline (nutty) tema pink untuk hantaran...diserikan pula dengan kotak jenis book style...


Azie juga menempah 60 cavities praline...ada plain...ada nutty...untuk makan-makan katanya...thanks Azie sebab sudi menempah dengan Zara's Choc...

April 22, 2011

Coklat Hantaran - Zila

KOD : ORD-044

Tempahan dari Zila...minta buatkan coklat box bentuk heart (XL) untuk dihadiahkan sebagai hantaran sewaktu majlis pertunangan adiknya Baiti...semoga berpuas hati ye & terima kasih dari Zara's Choc...

April 15, 2011

Coklat Doorgift - Eny

KOD : ORD-043

Kali ini Eny (Seri Kembangan) menempah 60 pcs oreo bentuk heart & bunga pelbagai warna sebagai doorgift semasa majlis cukur jambul anaknya yang berlangsung di Kemaman...tahniah Eny dengan kehadiran orang baru di sisi...

April 08, 2011

Coklat Hantaran - Nurhidawati

KOD : ORD-042

Coklat box bentuk heart (XL) bersama 28 cavities praline bentuk bunga ros...menjadi pilihan Nurhidawati (Bdr Kinrara) untuk hadiah hantaran buat majlis pertunangan...